expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 28 February 2014

Min Qalbi..

Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku,
tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu 
Saat ibumu menyarung cincin dijari hanya Allah saje tahu bertapa sebaknye diri ini melihat senyuman dan kebahagiaan ibubape ku.. KebaHagiaan mereka adlah kebahagiaan buat diriku..  Diri ku juge bahagia kerana dirimu adalah insan yg istimewa dlm hatiku..  Namun ku pendamkan segala perasaanku agar cinta yg terbina didalam hati ini akan klu hadiahi buatmu selepas lafaz sakinah..

Meski ku hanya mengenali nama dan wajahmu..
Tidak ku lupakan namamu dalam bait2 doaku..
Menanti lafaz sakinah darimu..
Moga jodoh kita berpanjangan hingga ke syurga..  



Wednesday 26 February 2014

Hamba Allah

Assalamualaikum…
Allah Rahim..  Allah Maha Penyayang..  Ye.. Ana masih berpijak dan nasih bertahan dibumi ini kerana yakin bahawa Allah sentiasa bersama hambanya.. Allah sentiasa bersama orang yang sabar
Kadang sebagai seorang manusia ana juge tersungkur.. Dan terjatuh hingga merasakan bahawa diri ini tidak berdaya bertahan.. Namun ku pasti bahawa Rahmat dan Kasih Sayang Allah sentiasa bersama.. Dan kerana itulah ana bangkit.. Bangkit untuk terus berjuang demi agama Allah.. Demi menyambung perjuangan Nabi… Namun perjuangan ku tidak Sehebat Nabi.. Tidak Setabah Siti Khadijah.. Hebat sungguh insan2 ini perjuangkan agama Allah dan bersusah payah.. Bukan macm diri ku yg mudah patah semangat.. Malu menebal ketika membaca sejarah saidatina Khatijah.  AllahuAkbar..
Dalam setiap bait2 doaku sentiasa ku mohon agar Allah permudahkan diri ini untuk mendidik ank2..membentuk anak2 kearah jalan yang benar…  Tanggungjawab dan Amanah yg sgt berat ini ku pikul dengan meyakini bahawa Allah sentiasa bersama ku...
Diri ini hanyalah seorang hamba kepada Rabb Pencipta Yang Maha Agung… 
Akan ku genggam hasrat dan cita2 ku untuk mendidik dan membentuk anak2 didik ku untuk teruskan perjuangan Nabi.. Menyelamatkan Agama Allah…  insyaAllah.. Summa insyaAllah.. 
Barakallah fi dunnia wal akhirah…

Thursday 13 February 2014

Zuhud Imam Hasan Basri

Imam Hasan Basri ditanya tentang rahsia zuhudnya..
Lalu dia menjawab:
"aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah hati-ku selalu tenang..."
"aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya.."
"aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu bila dia melihatku dalam keadaan maksiat..."
"aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku dengan Allah.
"Kuliah Hasan Al Basri rah.
menginsafkan pendengar...
ribu2 org bertaubat... 

-Jangan Terlalu Awal dan Mudah Untuk Menilai Seseorang-

-Jangan Terlalu Awal dan Mudah Untuk Menilai Seseorang-

Seorang lelaki yang berusia 24 tahun memandang keluar dari tingkap di dalam sebuah keretapi dan menjerit, "Ayah!! tengok tu..semua pokok-pokok jauh ketinggalan di belakang kita!!"Si

Ayah pula hanya tersenyum memandangnya. Dari tempat duduk mereka kelihatan di sebelah mereka adalah satu pasangan muda, hanya memerhatikan sahaja perangai lelaki itu, walaupun sudah besar panjang, tapi perangai macam budak-budak, berasa kurang senang, berkata dalam hati mereka.

Sekali lagi lelaki itu menjerit sambil mendongak ke langit. "Oh Ayah, lihatlah awan-awan di atas, mereka semua sedang bergerak laju bersama-sama kita!!"

Kerana tidak tahan dengan tingkah laku lelaki tersebut, pasangan muda itu pun menegur si Ayah, "Kenapa kamu tidak membawa anak kamu yang sudah dewasa ini ke hospital dan berjumpa dengan Doktor yang boleh mengubatinya? Lihatlah dirinya sekarang, macam budak-budak."

Si Ayah hanya tersenyum dan berkata "Ya betul, kami baru sahaja pulang dari hospital. Sebelum ini anak saya ini buta sejak dari lahir lagi. Dia baru sahaja dapat melihat pada hari ini."
Pasangan muda itu pun terdiam.

p/s: setiap daripada kita di dalam dunia ini punya kisah kehidupan masing-masing, sama ada permulaan kehidupan yang baik ataupun tidak baik. Jika kita punya hak utk menilai diri seseorang, pastikan kita bertanya pada diri kita terlebih dahulu, kita ni betul-betul sempurnakah?

Monday 10 February 2014

Bahaya Tidur Pagi

BAHAYA TIDUR PAGI

1) Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah.

2) Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush sholih (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

3) Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

4) Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”  (Miftah Daris Sa’adah, 2/216).

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di sore harinya dia juga akan malas-malasan pula.

5) Menghambat datangnya rizki.
Ibnul Qayyim berkata, “Empat hal yang menghambat datangnya rizki adalah
[1] tidur di waktu pagi,
[2] sedikit sholat,
[3] malas-malasan
[4] berkhianat.”
(Zaadul Ma’ad, 4/378)

6) Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat.
(Zaadul Ma’ad, 4/222) 

KENAPA TIDAK BOLEH TIDUR PAGI DAN PETANG.

Sebab kenapa tidak boleh tidur waktu pagi dan lewat petang..
Dapatan kajian yang disampaikan oleh salah seorang anggotanya Dr. Alyssa Cairns pada Associated Professional Sleep Societies di Minneapolis terhadap 738 kanak-kanak yang berusia dua tahun ke atas mendapati mereka yang tidur.
lewat petang terbukti sukar untuk tidur malam dan gagal memainkan puzzle dan kemahiran organisasi. Akibat kebiasaan tidur di lewat petang mereka akan lewat tidur 39 minit berbanding dengan rakan sebaya yang tidak tidur.
Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur di saat yang sangat diperlukan tidur (sangat ngantuk).
Demikian juga, tidur di awal malam lebih bermanfaat dari pada tidur di akhir malam. Tidur di tengah hari lebih bermanfaat daripada tidur petang.
Apabila tidur antara lewat petang dan waktu maghrib, maka manfaatnya akan semakin berkurang dan memudaratkan.
Apalagi tidur di waktu Asar (atau sesudah solat Asar) dan tidur di awal siang, kecuali bagi yang malamnya tidak tidur.
Selain itu, waktu-waktu yang dimakruhkan untuk tidur adalah waktu antara sesudah solat subuh dan terbitnya matahari.
Secara ringkas, tidur yang paling bermanfaat adalah tidur selama setengah malam yang pertama dan seperenam yang terakhir, kira-kira lapan jam.
..
Inilah tidur yang perlu menurut para doktor. Kurang dan lebihnya waktu tidur dari lapan jam akan menimbulkan ketidak seimbangan pada badan. Tidur menjadi sesuatu intipati dalam kehidupan kita kerana dengan tidur, kita menjadi segar kembali.
Tubuh yang letih, urat-urat yang mengerut dan otot-otot yang diguna untuk bekerja seharian boleh meremaja semula melalui tidur. Tidur menjadi sesuatu yang intipati dalam kehidupan kita. 
Ada dua waktu tidur yang tidak disarankan oleh Rasulullah
1. Tidur di pagi hari setelah solat subuh
"Termasuk hal yang makruh bagi mereka yang orang soleh adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai pemanfaatan waktu tersebut dari orang-orang soleh, walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak akan berehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit.
Ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya. Ia merupakan masa turunnya rezeki, adanya pembahagian, turunnya keberkatan dan mengembalikan segala kejadian hari itu atas kejadian masa yang mahal tersebut. Oleh itu tidurnya pada saat seperti itu seperti tidurnya orang yang terpaksa "(Madaarijus-Saalikiin 1/459).
2. Tidur sebelum solat Isyak
Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu 'anhu: "Bahawasannya Rasulullah shallallaahu' alaihi wasallam membenci tidur sebelum solat isyak dan berbual selepas" (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647). Beberapa ulama menjelaskan, sebab dibenci tidur malam sebelum isyak adalah boleh menyebabkan tidak menunaikan solat isya 'pada waktunya. 
Akibat terlalu banyak tidur:
1. Banyak tidur akan mematikan hati.
2. Menambah berat badan.
3. Menghilangkan manfaat masa.
4. Menimbulkan kemalasan.
5. Banyak tidur ini hukumnya sangat makruh.
6. Banyak tidur juga akan membahayakan badan dan tidak bermanfaat bagi badan.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب