expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 11 March 2014

MH370

Allahu Akbar..  Mane pergi..
Ap jadik itu bukan tugas kte untuk membuat mcm2 andaian.. 
Sbgai org yg beriman kte hanya usaha doa dan tawakkal.. 
Doa itu senjata buat org islam.. Tatkala umat lupakn Pencipta..  Allah hadirkan ujian yg boleh menyedarkan umat agar kita berpaksi atas jalan yg benar dan kembali merayu memohon ampun dan meminta..  Doa!! Sangat penting.. Allah pegang sekejap agar dunia terus berdoa dan bertaubat dn dengan kehilangan kapal ini juga maksiat semakin berkurangan.. Tanpa disedari semua orang berdoa dan memohon pertolongan dri Allah..  Dan tanpa disedari juga kite sedar bahawa tanda2 akhir zaman semakin Allah jelaskan agar kite bertaubat dan kembali kepangkal jalan…
Moga Allah permudahakn MH370 agar ditemui..

Saturday, 8 March 2014

MH370 DALAM PERNANTIAN

Menanti Kamu MH370..
Langit sudah bertukar kelabu... Kesedihan melanda terpahat di kalbu..
Seluruh dunia menanti beritamu..
Muncul lah nanti seperti selalu.. Andai tercalar tinggalkan lah petanda..
Andai terguris tunjukkan lah di mana..
Andai ada tunjukkan lah rupa.. Tidak nanti kami tertanya..
Sudah tertulis janji bersemi.. Lautan biru bertukar merah..
YA ALLAH YA TUHAN KAMI..KepadaMu kami berserah...
-Pray for MH370-

Friday, 28 February 2014

Min Qalbi..

Oh Tuhan,
seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku,
tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu 
Saat ibumu menyarung cincin dijari hanya Allah saje tahu bertapa sebaknye diri ini melihat senyuman dan kebahagiaan ibubape ku.. KebaHagiaan mereka adlah kebahagiaan buat diriku..  Diri ku juge bahagia kerana dirimu adalah insan yg istimewa dlm hatiku..  Namun ku pendamkan segala perasaanku agar cinta yg terbina didalam hati ini akan klu hadiahi buatmu selepas lafaz sakinah..

Meski ku hanya mengenali nama dan wajahmu..
Tidak ku lupakan namamu dalam bait2 doaku..
Menanti lafaz sakinah darimu..
Moga jodoh kita berpanjangan hingga ke syurga..  



Wednesday, 26 February 2014

Hamba Allah

Assalamualaikum…
Allah Rahim..  Allah Maha Penyayang..  Ye.. Ana masih berpijak dan nasih bertahan dibumi ini kerana yakin bahawa Allah sentiasa bersama hambanya.. Allah sentiasa bersama orang yang sabar…
Kadang sebagai seorang manusia ana juge tersungkur.. Dan terjatuh hingga merasakan bahawa diri ini tidak berdaya bertahan.. Namun ku pasti bahawa Rahmat dan Kasih Sayang Allah sentiasa bersama.. Dan kerana itulah ana bangkit.. Bangkit untuk terus berjuang demi agama Allah.. Demi menyambung perjuangan Nabi… Namun perjuangan ku tidak Sehebat Nabi.. Tidak Setabah Siti Khadijah.. Hebat sungguh insan2 ini perjuangkan agama Allah dan bersusah payah.. Bukan macm diri ku yg mudah patah semangat.. Malu menebal ketika membaca sejarah saidatina Khatijah.  AllahuAkbar..
Dalam setiap bait2 doaku sentiasa ku mohon agar Allah permudahkan diri ini untuk mendidik ank2..membentuk anak2 kearah jalan yang benar…  Tanggungjawab dan Amanah yg sgt berat ini ku pikul dengan meyakini bahawa Allah sentiasa bersama ku...
Diri ini hanyalah seorang hamba kepada Rabb Pencipta Yang Maha Agung… 
Akan ku genggam hasrat dan cita2 ku untuk mendidik dan membentuk anak2 didik ku untuk teruskan perjuangan Nabi.. Menyelamatkan Agama Allah…  insyaAllah.. Summa insyaAllah.. 
Barakallah fi dunnia wal akhirah…

Thursday, 13 February 2014

Zuhud Imam Hasan Basri

Imam Hasan Basri ditanya tentang rahsia zuhudnya..
Lalu dia menjawab:
"aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah hati-ku selalu tenang..."
"aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya.."
"aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu bila dia melihatku dalam keadaan maksiat..."
"aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku dengan Allah.
"Kuliah Hasan Al Basri rah.
menginsafkan pendengar...
ribu2 org bertaubat... 

-Jangan Terlalu Awal dan Mudah Untuk Menilai Seseorang-

-Jangan Terlalu Awal dan Mudah Untuk Menilai Seseorang-

Seorang lelaki yang berusia 24 tahun memandang keluar dari tingkap di dalam sebuah keretapi dan menjerit, "Ayah!! tengok tu..semua pokok-pokok jauh ketinggalan di belakang kita!!"Si

Ayah pula hanya tersenyum memandangnya. Dari tempat duduk mereka kelihatan di sebelah mereka adalah satu pasangan muda, hanya memerhatikan sahaja perangai lelaki itu, walaupun sudah besar panjang, tapi perangai macam budak-budak, berasa kurang senang, berkata dalam hati mereka.

Sekali lagi lelaki itu menjerit sambil mendongak ke langit. "Oh Ayah, lihatlah awan-awan di atas, mereka semua sedang bergerak laju bersama-sama kita!!"

Kerana tidak tahan dengan tingkah laku lelaki tersebut, pasangan muda itu pun menegur si Ayah, "Kenapa kamu tidak membawa anak kamu yang sudah dewasa ini ke hospital dan berjumpa dengan Doktor yang boleh mengubatinya? Lihatlah dirinya sekarang, macam budak-budak."

Si Ayah hanya tersenyum dan berkata "Ya betul, kami baru sahaja pulang dari hospital. Sebelum ini anak saya ini buta sejak dari lahir lagi. Dia baru sahaja dapat melihat pada hari ini."
Pasangan muda itu pun terdiam.

p/s: setiap daripada kita di dalam dunia ini punya kisah kehidupan masing-masing, sama ada permulaan kehidupan yang baik ataupun tidak baik. Jika kita punya hak utk menilai diri seseorang, pastikan kita bertanya pada diri kita terlebih dahulu, kita ni betul-betul sempurnakah?

Monday, 10 February 2014

Bahaya Tidur Pagi

BAHAYA TIDUR PAGI

1) Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah.

2) Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush sholih (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

3) Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

4) Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”  (Miftah Daris Sa’adah, 2/216).

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di sore harinya dia juga akan malas-malasan pula.

5) Menghambat datangnya rizki.
Ibnul Qayyim berkata, “Empat hal yang menghambat datangnya rizki adalah
[1] tidur di waktu pagi,
[2] sedikit sholat,
[3] malas-malasan
[4] berkhianat.”
(Zaadul Ma’ad, 4/378)

6) Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat.
(Zaadul Ma’ad, 4/222)