expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 24 June 2014

 JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA

 JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA
 Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.
✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.. ^_^

Sunday, 22 June 2014

Sebelum Aku Bernikah… .

Pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja..
ibunya berwasiat kepada anak perempuannya: “Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka. 
Wahai puteriku.. Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia. Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu. 
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu. 
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
 Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya. Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu. Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu. 
Ketahuilah.. sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Thursday, 5 June 2014

PUDING BELANG KOKO



BAHAGIAN KOKO

Bahannya:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2st garam
4 1/4 cawan air
4sb tepung jagung/kastard
1/2st esen vanilla
2sb butter
1 paket serbuk agar2 (10 - 11gm)

Caranya:
1. Campurkan semua bahan kecuali butter, kacau hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga sedikit pekat, kecilkan api.

BAHAGIAN PUTIH

Bahannya:
1 cawan gula
1/2st garam
4 1/4 cawan susu segar
4sb tepung jagung
sedikit vanilla
10gm serbuk agar2

Caranya:
1. Campurkan semua bahan diatas, masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api.
2 Cara Melapis: Basahkan dahulu acuan pilihan dengan air supaya senang keluarkan puding nanti. Tuang beberapa sendok adunan koko kedalam acuan, sejukkan sebentar. Bila dah keras sedikit, garis2kan dengan lidi, tuang adunan putih pula. Buat sehingga kedua2 adunan habis. Sejukkan dalam peti ais dan pastikan dah keras baru keluarkan dari acuan

#copypaste

Puding Santan Susu Strawberry (sangat mudah)


bahan-bahan :
600ml air
1/2 cawan gula halus
1 paket serbuk agar-agar (10g)
300ml susu kotak
300ml santan kotak
strawberry emulco secukupnya (warna & perasa)

cara-cara :
1. Didihkan air bersama agar-agar. Api jgn besar & sentiasa dikacau. Biarkan mendidih 2 minit.
2. Masuk kan gula, santan & susu. Gaul rata hingga sebati & gula larut. Api biar kecil supaya santan tak bergentel.
3. Matikan api. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4. Sebahagian dibiarkan putih. Sebahagian lagi dibubuh strawberry emulco secukupnya mengikut citarasa anda.
5. Tuang bahagian putih atau bahagian merah (susunan ikut suka anda) kedalam acuan yg telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah keluar).
6. Masuk kan kedalam peti sejuk sehingga puding cukup keras untuk tuang lapisan seterusnya. (antara 5 - 10 minit)
7. Setelah tuang lapisan kedua, masuk kan semula kedalam peti sejuk & biarkan ia keras sebelum dihidangkan.
** Sementara tunggu lapisan pertama keras sedikit, adunan yg belum dituang boleh diletak kan diatas api kecil & dikacau supaya tidak mengeras.

BISKUT LAPIS CHEESE



Bahan-bahan :
• 250g cream cheese
• 1/2 tin susu pekat manis
• 1 bungkus biskut saltcheese
• nestum/oat seckupnya
Cara-cara :
1. Cream cheese dipukul dengan susu hingga sebati.
2. Susun biskut cheese didalam bekas yang dilapik plastik atau aluminium foil.Ratakan cheese atas biskut. Taburkan nestum/oat.
3. Ulang proses tadi dengan menyusun biskut dan sapu cheese sampai habis
4. Setiap lapis tabur oat@ nestum untuk rasa yang lebih sedap
5. Simpan dalam peti ais semalaman.
6. Siap untuk dihidang.
7. selamat mencuba

KEK LAPIS COKLAT PANDAN


bahan-bahan: loyang 8" x 8"

*500g mentega berkualiti tinggi - mentega Anchor
*300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian ditimbang)
*150g gula halus
*10 biji telur gred A
*75 ml air sejuk (dari peti ais)
* 50g serbuk santan (1 peket)
*11/2 sudu besar ovalette
*sedikit esen vanilla
*300g susu pekat manis
*kepingan coklat secukupnya
*pes pandan secukupnya
*kelapa parut kering (optional)

Cara-cara:

1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega. Alaskan loyang dengan baking paper.

2. Satukan tepung biskut marie, santan serbuk, telur, ovalette, gula, esen vanilla dan air sejuk ke dalam mangkuk pengadun dan putar adunan hingga kembang. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk adunan berasingan, putar mentega bersama susu pekat hingga berkrim dan gebu. Kemudian satukan dengan adunan tepung tadi. Sebatikan.

4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian 1, 2 dan 3 (B1, B2 dan B3)

5. Ambil B1 dan masukkan pes pandan. Gaulkan rata-rata. Manakala sukatan B2 dan B3 dibakar dalam warna asal.

6. Ambil 7 sudu besar adunan warna asal dan ratakan ke dalam loyang dan bakar/gril hingga keperangan (api gril selama lebih kurang 5 minit, tetapi bergantung pada kepanasan oven masing-masing).

7. Ulangi melapis dengan adunan warna asal dan bakar (untuk lapisan kedua).

8. Kemudian sudukan 7 sudu besar adunan pandan ke dalam loyang. Ratakan. Susunkan kepingan coklat secara rambang atau mengikut ciatarasa. Jika suka, taburkan sedikit kelapa parut kering pada adunan hijau tadi. Kemudian barulah dibakar/gril.

9. Ulangi proses dengan 2 lapisan adunan warna asal, diikuti 1 lapisan adunan warna hijau. Buat hingga habis.

10. Kemudian bakar lagi kek dengan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 10 minit.

11. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Selamat Mencuba..

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE


(Loyang 8×8×3 inci)

BAHAN A:
- 250 gm cream cheese
- 60 gm gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu besar air
- 1 sudu besar tepung gandum

CARA-CARA:
- Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.Masukkan telur di ikuti dengan air dan tepung gdndum.Pukul lagi dan gaul sebati.Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
- 2 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu kecil vanilla
- sedikit garam
- 1/2 cawan air panas didih
- 1/2 cawan susu segar/cair
- 1/2 cawan minyak jagung/masak
- 1 cawan tepung gandum*
- 3 sudu besar serbuk koko*
- 1 sudu kecil baking soda*
- 1/2 sudu kecil baking powder*
(*Bahan-bahan perlu di ayak dulu)

CARA-CARA:
~ Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.Masukkan air panas, susu dan minyak.Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah di ayak dan di gaul sebati.(Saya tapis).
Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian.

CARA MEMASAK:
~ Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.Guna api sederhana je.Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.Tuang aduan coklat.Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.Buka aluminium foil dan tuang aduan cream cheese di atasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.Setelah benar-benar sejuk boleh potong dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA