expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 31 October 2011

󾬑 SAYANGNYA ALLAH PADA PEREMPUAN 󾬑










󾫺Siapa kata jadi perempuan tu SENANG󾬊

󾫺Nak kena tutup sana, tutup sini

󾫺Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

󾫺Perempuan, stoking pon kena pakai

󾫺Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

󾫺Komfem x tahan bertutup semua

󾫺Tapi, perempuan cool jek

󾫺Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan󾬊

󾫺Siapa kata jadi perempuan tu senang󾬊

󾫺Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

󾫺Nak pergi kelas pon susah

󾫺Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

󾫺Cuba tengok budak lelaki , selamber jek

󾫺Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

󾫺Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

󾫺Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

󾫺Hebat kan perempuan󾬊

󾫺Siapa kata jadi perempuan tu senang󾬊

󾫺Hati ni Allah jadikan lembut betul

󾫺Cepat jek sensitif

󾫺Cuba tengok orang putus cinta

󾫺Selalu perempuan yg paling susah nak lupa

󾫺Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

󾫺Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

󾫺Siapa yg paling teruk menangis󾬊

󾫺Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

󾫺Lembut tak lembut hati perempuan

󾫺Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

󾫺Hebat tak perempuan?

󾫺Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah

󾫺Diorang cakap, Allah x adil

󾫺Kenapa Allah lebihkan lelaki󾬊

󾫺Kenapa perempuan kena dengar cakap suami󾬊

󾫺Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami󾬊

󾫺Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

󾫺Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

󾫺Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel

󾫺Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

󾫺Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

󾫺Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

󾫺Kesian kan kat diorang󾬊

󾫺Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

󾫺Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

󾫺Persoalannya sekarang

󾫺Betul ke Allah x adil dengan perempuan󾬊

󾫺Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

󾫺Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya󾬊

󾫺Betul, isteri kena ikut cakap suami

󾫺Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

󾫺X adil lagikah Allah pada perempuan󾬊

󾫺Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

󾫺Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

󾫺Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

󾫺Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

󾫺Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

󾫺Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

󾫺MashaAllah, hebatnya perempuan kan󾬊

󾫺Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

󾫺Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

󾫺Banyak lagu pasal perempuan kan󾬊

󾫺Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

󾫺Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

󾫺Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

󾫺Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

󾫺Orang akan cakap:

󾫺'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

󾫺Kita x pernah dengar orang cakap:

󾫺'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

󾫺Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu󾬊

󾫺Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan󾬊

󾫺Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

󾫺Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

󾫺Perempuan senang nak masuk syurga

󾫹Tengok hadis ni:󾫹
󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)
󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡󾭩󾭡
󾫺X adil lagikah Allah dekat perempuan󾬊

󾫺Oh perempuan, sedarlah

󾫺Betapa sayangnya Allah dekat kita

󾫺Betapa cintanya Allah dekat kita

󾫺Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah󾬊

󾫺Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

󾫺Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

󾫺Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

󾫺Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan󾬊

󾬐Sekadar perkongsian bersama 󾌵

󾬘~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~󾬘

󾬓󾬔Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi󾬖󾬕

‎10 PESANAN IMAM SHAFIE




Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut: " Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1-Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2-Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaaffan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH.

3-Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4-Hak kepada Munkar dan Nakir: tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5-Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6-Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7-Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8-Hak kepada Ridhzuan (malaikat penjaga syurga): merasa redha kepada qada’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9-Hak kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.

10-Hak kepada ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan."

‎13 CARA MELAYAN ISTERI MENGIKUT CARA RASULLULLAH ♥





1-Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Isteri tidak akan layan rajuknya lama2. Isteri cuma nak perhatian dan kemesraan dari anda. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi.Dah tak comel lagi dah isteri abang ni”

2-Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda di rumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain) akan menambahkan jurang serta menjarakkan hubungan anda suami isteri.

3-Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Sabar. Pukul isteri bukan caranya.

4-Ambil berat kesihatan isteri. Segera merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5-Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. Mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6-Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7-Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggungjawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8-Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9-Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri. MARUAH ISTERI=MARUAH SUAMI dan MARUAH SUAMI=MARUAH ISTERI.

10-Elakkan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan keluarga dan orang lain.

11-Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12-Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak dan kalau boleh berhenti merokok! ROKOK ITU HARAM !

13-Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincang dengan isteri. Bukan sebab "QUEEN CONTROL" atau suami tidak boleh membuat keputusan sendiri ke apa.. cuma tidak mahu isteri terasa dibelakangkan..

Sesungguhnya peribadi Rasulullah tue adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Walluhu ‘Alam
Jadi, berCINTAlah anda suami isteri mengecapi CINTA SAMPAI SYUGA..
insyaallah..

CINTA ITU TAK TERLIHAT ~





Kenapa Kita Menutup Mata Ketika Kita Tidur ???
Ketika Kita Menangis dan Ketika Kita Membayangkan ???
" Itu Kerana HAL TERINDAH DI DUNIA INI TAK TERLIHAT "
Ketika Kita Menemukan Seseorang Yang Keunikannya Sejalan Dengan Kita..
Kita Bergabung Dengannya Dan Terjatuh Dalam Suatu Keanehan..
Ini Serupa Dengan Yang Di Namakan CINTA..
Ada Hal-hal Yang Tidak Ingin Kita Lepaskan..
Orang-orang Yang Tidak Ingin Kita Tinggalkan..
Tapi Ingatlah !!!
Melepaskan Bukan Dari Akhir Di DUnia..
Melainkan Awal Dari Kehidupan Baru..
Kebahagiaan Ada Untuk Mereka Yang Menangis..
Mereka Yang Disakiti..
Mereka Yang Telah Mencari Dan Mereka Yang telah Mencuba..
Kerana MEREKALAH Yang Bisa Menghargai Betapa Pentingnya Orang Yang telah Menyentuh Kehidupan Mereka..
CINTA Yang AGUNG Adalah Ketika Kita Menitiskan Air Mata Dan Peduli Terhadapnya Adalah Ketika Dia Tidak Memperdulikan Kita Dan Kita Masih Menunggunya Dengan SETIA Adalah Ketika Dia Telah Mencintai Orang Lain..
Tetapi Kita Masih Mampu Berkata : " AKU TURUT BERBAHAGIA UNTUKMU "
Apabila CINTA Tak Berhasil Maka BEBASKANLAH Dirimu..
Biarkan Hatimu Kembali Melebarkan Sayapnya Dan Terbang Ke Alam Bebas Lagi.. Ingatlah Bahawa Kita Mungkin Menemukan CINTA Dan Kehilangannya..
Tapi Ketika Cinta Itu Mati..
Kita Tak Perlu Mati Bersamanya..
Biar kita CINTA SAMPAI MATI dan terus membawa CINTA SAMPAI SYURGA..

Sunday, 30 October 2011

Islam Menjjawab Hujatan





“Kunci surga adalah kesaksian bahwa tiada tuhan selain Allah.” (HR Ahmad). Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW pernah menyatakan, “Maukah aku tunjukkan kepadamu (Mu′adz) salah satu pintu surga?” Dia menjawab, “Ya.” Rasulullah SAW menyatakan, “Tiada daya dan kekuatan melainkan karena berasal dari Allah.” (HR Ahmad).
Hadis tersebut menunjukkan bahwa kunci surga itu tauhid dan tawakal. Keduanya ibarat akar dan buah bagi sebuah tanaman. Tanaman akan tumbuh dengan baik dan berbuah jika memiliki akar kuat yang menancap pada tanah yang subur dan dirawat dengan baik. Tauhid (iman) dapat tumbuh subur jika dipupuk dengan amal shalih.
Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyah dalam bukunya, Al-Thariq ila al-Jannah, amal shalih yang diterima oleh Allah dan membuahkan hasil adalah amal yang dilandasi oleh ilmu. Sedangkan ilmu yang mengantarkan kepada iman dan amal yang berbuah itu adalah ilmu yang dilandasi oleh pemahaman terhadap kunci-kunci surga. Kunci-kunci untuk membuka pintu surga itu, menurut Ibn Qayyim, harus dipahami oleh setiap Muslim agar semua aktivitas hidupnya selalu berada dalam al-shirath al-mustaqim (jalan yang lurus). Kunci diterimanya shalat adalah kesucian. Kunci haji adalah ihram. Kunci kebaikan adalah kejujuran. Kunci ilmu adalah bertanya dengan baik. Kunci kemenangan adalah kesabaran. Kunci mendapat tambahan nikmat adalah bersyukur. Kunci mendapat perlindungan dari Allah adalah cinta dan mengingat-Nya. Kunci iman adalah berpikir mengenai apa yang diwajibkan oleh Allah berpikir.
Selanjutnya kunci diterimanya amal adalah ikhlas. Kunci hati yang hidup adalah merenungkan Alquran, berdoa di tengah malam, dan meninggalkan dosa. Kunci memperoleh rezeki adalah usaha yang disertai doa. Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan Rasul. Sebaliknya miras dan narkoba adalah kunci segala keburukan dan kejahatan.
Kemaksiatan adalah kunci kekufuran, dan kebakhilan adalah kunci terputusnya tali silaturahim. Di atas semua itu, kata kunci menuju surga adalah mengikuti jalan keridhaan dan kedamaian Allah: membaca, memahami, dan mengamalkan Alquran dan as-sunah (QS Al-Maidah [5]: 15-16) dengan penuh kesungguhan dan konsistensi.
Memperoleh kunci-kunci menuju surga tidaklah mudah seperti mendapat hadiah (gratis). Perlu perjuangan karena banyak tantangan, rintangan, dan godaan yang menghadang. Dalam hal ini, setan selalu merintangi jalan manusia menuju ketaatan, dan selalu menjadikan manusia sebagai kawan dalam kedurhakaan dan kemaksiatan. Maka, sungguh beruntung orang yang sudah berhasil mengumpulkan satu per satu kunci itu. Wallahu a′lam bish-shawab.

Wanita dan Aurat






~* Wanita dan AURAT sering dikait dengan RAPAT.
Bukan nak MENGUMPAT tapi hanya nak beri NASIHAT.
Bila AURAT DIBERI lihat maka bertambah DOSA.
WANITA itu anugerah TERHEBAT itu pasal dijaga begitu ERAT.
Walau seinci yang TERLIHAT maka rugilah dirasakan NIKMAT.
Biarlah AURAT di tutup RAPAT dengan HEBAT.
Agar redha ALLAH terasa DEKAT dan bertambah BERKAT *~

Alasan2 Kaum Hawa yang enggan tutup aurat :

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak.
Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik.. bla…bla…bla…”

Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi anda Islam, dakwah tu wajib walaupun anda sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurangnya dia insaf dan bertaubat sekarang.

Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri anda tanpa perlu menutup aurat?

Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
Adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Seksi atau tidak, anda tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Apakah ibadat anda diterima? anda yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin anda masuk syurga?

Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap di dunia, berani ke anda bercakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, tempatnya adalah neraka.

Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan Allah yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu.
Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Menegur memang ada caranya.. Maafkan saya jika saya terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan..

Berterima kasihlah pada yang sudi menegur.
Saya tidak akan sama sekali melenting malah bersyukur bila ada yang menegur kerana itu tandanya orang sayangkan kita..

Hanya sekadar renungan….

☀⌣♥' Karena Allah Aku Mencintai mu.. '♥⌣☀





Ada yg hangat mengalir di pipi
Ada yg bergetar di dalam hati
Ada yg diam tak mampu berkata lagi
Ada bahagia di sini...
Terima kasih kekasih hati
Terima kasih telah mau jadikan ku saudarimu sejati..

Karena Ilahi Rabbi semua ini terjadi
Kasih ini menjalar hingga lewati batas imajinasi...
Tau kah kau saudara ku terkasih..
Hadir mu warnai hidup ku
Miliki mu buat aku tau Maha Besar Tuhan ku
Satukan kau dan aku walau kita tak pernah bertemu...
Dirajut dengan Benang CintaNYA
Sampai dalam qalbu kita

Ingatkan ku kala ku alpa
Maafkan ku kala ku khilaf
Jangan lupakan aku kala kau duka
Jangan pergi dari ku kala kau terluka
Aku akan selalu ada dengan tangan cinta
Biarkan aku ada dlm pojok hati mu
Walau hanya sesekali kau jenguk
Ketika kau rindu..

Jannah Sang khalik impianku jadikan itu tempat kita bertemu...
Karena Allah aku mencintai mu
Tuhan ku dan Tuhan mu...



☀⌣♥'Dimana orang-orang yang mencintai karena keagungan-KU, hari ini Aku akan menaungi mereka pada saat tidak ada naungan selain naungan-Ku.'' [HR. Muslim]

Subhanallah..Salam Ukhuwah...^__^