expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 23 August 2012

iMPIANKU SEBAGAI SEORANG MUSLIMAH,,





Ya Allah ...

Aku ingin menjadi wanita yang sentiasa melabuhkan cinta ku kepada Mu, Ya ALLAH...


Aku akan selalu mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah...

Aku akan jadikan isteri Rasulullah sebagai contoh untuk menjadi muslimah sejati...

Aku ingin menjadi kuat seperti sahabat-sahabat baginda...

Aku ingin menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu bapak ku..

Aku ingin menjadi seorang istri yang solehah kepada bakal suami ku..

Aku ingin menjadi seorang ibu yang mithali kepada bakal anak-anakku..

Aku ingin menjadi wanita wadiah yaitu wanita yang indah tanpa perhiasan.

Aku ingin menjadi wanita yang cantik dengan akhlak dan kaya dengan santun

Aku ingin menjadi wanita cantik tapi bukan kerana perhiasan,tetapi pada 2 rakaat di penghujung malam,..

Aku ingin menjadi wanita yang kehausan di sebabkan puasa kerana ALLAH.

Aku ingin menjadi seperti sekuntum mawar yang di penuhi duri,yang bisa melindungi dirinya dari musuh-musuh..

Aku ingin mempunyai akhlak yang cantik dan indah melebihi kebun yang di penuhi bunga..

Aku ingin menjadi seseorang yang sentiasa berusaha menegakkan agama ISLAM..

Aku HANYA ingin menjadi MUSLIMAH yang SOLEHAH, hidup dan mati ku hanya untuk Mu Ya ALLAH....

Aamiin..Aamiin..Aamiin.. YA RABBAL'ALAMIN..

No comments:

Post a Comment