expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 28 June 2014

BOLEHKAH SOLAT TARAWIH + WITIR HANYA 11 RAKAAT?


Hal ini ada keluasannya. Jangan berbalah sehingga menafikan solat 11 ataupun 20 rakaat.
Berdasarkan riwayat yang sahih dalam al-Muwata karya al-Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar perintah untuk dilaksanakan adalah sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid:
“Umar telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik).
Maka dengan itu riwayat al-Baihaqi melalui Yazid bin Khasifah daripada al-Saib bin Yazid yang menyebut bilangan yang ‘Umar perintahkan sebanyak dua puluh rakaat adalah bercanggah dengan riwayat sebelas rakaat yang sahih tadi. Sedangkan dari segi kekuatan riwayat (sanad), riwayat sebelas rakaat itu lebih kuat, maka kalangan ulama hadis ada yang menganggap riwayat dua puluh shaz (ganjil) kerana menyanggahi rawi yang lebih kuat.
Justeru, riwayat dua puluh dihukum daif oleh sesetengah ahli hadis. Sebahagian pula menerima riwayat 20 rakaat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan sebelas rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan 20 puluh.
Apapun, hadis al-Imam Malik tadi yang menyebut sebelas rakaat menafikan dakwaan yang menyatakan sesiapa yang solat tarawih beserta witir sebelas rakaat tidak sah.
Sebenarnya, para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau:
“Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini juga menunjuk perbuatan mencela solat tarawih sebelas rakaat adalah tidak sepatutnya. Bahkan ramai juga ulama hadis yang mengutamakan bilangan sebelas rakaat ini sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w.
Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah. Lajnah Tetap dan Kajian Ilmiah serta Fatwa, Arab Saudi sendiri ketika mengulas hal menyebut:
“Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: “Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).
via page : DrMAZA.com

Ramadhan Karem.. ^_^






“Ramadan tiba.
Kurangkanlah melagha di Tumblr.
Kurangkanlah berbicara soal cinta dan luka.
Kurangkan bercakap/tulis yang siasia.
Banyakkan mendekati Pencipta.
Banyakkan taubat kepadaNya.
Banyakkan selawat kepada kekasih-Nya.
Banyakkan bersedekah ke jalan-Nya.
Banyakkan beramal.
Moga walau selepas bulan Ramadan ini kita mampu istiqomah seperti mana semasa di bulan mulia ini.
InsyaAllah.”

Tuesday 24 June 2014

 JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA

 JARAK INI MENJAGA AKU DAN DIA
 Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.
✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.. ^_^

Sunday 22 June 2014

Sebelum Aku Bernikah… .

Pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja..
ibunya berwasiat kepada anak perempuannya: “Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka. 
Wahai puteriku.. Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia. Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu. 
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu. 
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
 Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya. Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu. Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu. 
Ketahuilah.. sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Thursday 5 June 2014

PUDING BELANG KOKO



BAHAGIAN KOKO

Bahannya:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2st garam
4 1/4 cawan air
4sb tepung jagung/kastard
1/2st esen vanilla
2sb butter
1 paket serbuk agar2 (10 - 11gm)

Caranya:
1. Campurkan semua bahan kecuali butter, kacau hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga sedikit pekat, kecilkan api.

BAHAGIAN PUTIH

Bahannya:
1 cawan gula
1/2st garam
4 1/4 cawan susu segar
4sb tepung jagung
sedikit vanilla
10gm serbuk agar2

Caranya:
1. Campurkan semua bahan diatas, masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api.
2 Cara Melapis: Basahkan dahulu acuan pilihan dengan air supaya senang keluarkan puding nanti. Tuang beberapa sendok adunan koko kedalam acuan, sejukkan sebentar. Bila dah keras sedikit, garis2kan dengan lidi, tuang adunan putih pula. Buat sehingga kedua2 adunan habis. Sejukkan dalam peti ais dan pastikan dah keras baru keluarkan dari acuan

#copypaste

Puding Santan Susu Strawberry (sangat mudah)


bahan-bahan :
600ml air
1/2 cawan gula halus
1 paket serbuk agar-agar (10g)
300ml susu kotak
300ml santan kotak
strawberry emulco secukupnya (warna & perasa)

cara-cara :
1. Didihkan air bersama agar-agar. Api jgn besar & sentiasa dikacau. Biarkan mendidih 2 minit.
2. Masuk kan gula, santan & susu. Gaul rata hingga sebati & gula larut. Api biar kecil supaya santan tak bergentel.
3. Matikan api. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4. Sebahagian dibiarkan putih. Sebahagian lagi dibubuh strawberry emulco secukupnya mengikut citarasa anda.
5. Tuang bahagian putih atau bahagian merah (susunan ikut suka anda) kedalam acuan yg telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah keluar).
6. Masuk kan kedalam peti sejuk sehingga puding cukup keras untuk tuang lapisan seterusnya. (antara 5 - 10 minit)
7. Setelah tuang lapisan kedua, masuk kan semula kedalam peti sejuk & biarkan ia keras sebelum dihidangkan.
** Sementara tunggu lapisan pertama keras sedikit, adunan yg belum dituang boleh diletak kan diatas api kecil & dikacau supaya tidak mengeras.

BISKUT LAPIS CHEESE



Bahan-bahan :
• 250g cream cheese
• 1/2 tin susu pekat manis
• 1 bungkus biskut saltcheese
• nestum/oat seckupnya
Cara-cara :
1. Cream cheese dipukul dengan susu hingga sebati.
2. Susun biskut cheese didalam bekas yang dilapik plastik atau aluminium foil.Ratakan cheese atas biskut. Taburkan nestum/oat.
3. Ulang proses tadi dengan menyusun biskut dan sapu cheese sampai habis
4. Setiap lapis tabur oat@ nestum untuk rasa yang lebih sedap
5. Simpan dalam peti ais semalaman.
6. Siap untuk dihidang.
7. selamat mencuba

KEK LAPIS COKLAT PANDAN


bahan-bahan: loyang 8" x 8"

*500g mentega berkualiti tinggi - mentega Anchor
*300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian ditimbang)
*150g gula halus
*10 biji telur gred A
*75 ml air sejuk (dari peti ais)
* 50g serbuk santan (1 peket)
*11/2 sudu besar ovalette
*sedikit esen vanilla
*300g susu pekat manis
*kepingan coklat secukupnya
*pes pandan secukupnya
*kelapa parut kering (optional)

Cara-cara:

1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega. Alaskan loyang dengan baking paper.

2. Satukan tepung biskut marie, santan serbuk, telur, ovalette, gula, esen vanilla dan air sejuk ke dalam mangkuk pengadun dan putar adunan hingga kembang. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk adunan berasingan, putar mentega bersama susu pekat hingga berkrim dan gebu. Kemudian satukan dengan adunan tepung tadi. Sebatikan.

4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian 1, 2 dan 3 (B1, B2 dan B3)

5. Ambil B1 dan masukkan pes pandan. Gaulkan rata-rata. Manakala sukatan B2 dan B3 dibakar dalam warna asal.

6. Ambil 7 sudu besar adunan warna asal dan ratakan ke dalam loyang dan bakar/gril hingga keperangan (api gril selama lebih kurang 5 minit, tetapi bergantung pada kepanasan oven masing-masing).

7. Ulangi melapis dengan adunan warna asal dan bakar (untuk lapisan kedua).

8. Kemudian sudukan 7 sudu besar adunan pandan ke dalam loyang. Ratakan. Susunkan kepingan coklat secara rambang atau mengikut ciatarasa. Jika suka, taburkan sedikit kelapa parut kering pada adunan hijau tadi. Kemudian barulah dibakar/gril.

9. Ulangi proses dengan 2 lapisan adunan warna asal, diikuti 1 lapisan adunan warna hijau. Buat hingga habis.

10. Kemudian bakar lagi kek dengan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 10 minit.

11. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Selamat Mencuba..

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE


(Loyang 8×8×3 inci)

BAHAN A:
- 250 gm cream cheese
- 60 gm gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu besar air
- 1 sudu besar tepung gandum

CARA-CARA:
- Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.Masukkan telur di ikuti dengan air dan tepung gdndum.Pukul lagi dan gaul sebati.Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
- 2 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu kecil vanilla
- sedikit garam
- 1/2 cawan air panas didih
- 1/2 cawan susu segar/cair
- 1/2 cawan minyak jagung/masak
- 1 cawan tepung gandum*
- 3 sudu besar serbuk koko*
- 1 sudu kecil baking soda*
- 1/2 sudu kecil baking powder*
(*Bahan-bahan perlu di ayak dulu)

CARA-CARA:
~ Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.Masukkan air panas, susu dan minyak.Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah di ayak dan di gaul sebati.(Saya tapis).
Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian.

CARA MEMASAK:
~ Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.Guna api sederhana je.Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.Tuang aduan coklat.Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.Buka aluminium foil dan tuang aduan cream cheese di atasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.Setelah benar-benar sejuk boleh potong dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Resepi Agar-agar Laici



Bahan-Bahan:

1 peket agar-agar kering, 28g
1 1/2 cawan gula
5 cawan air
2 helai daun pandan
1 tin susu cair
1 tin laici


Cara Membuat:

Basuh dan rendam agar-agar lebih kurang 1/2 jam.
Tapis dan masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air, gula dan daun pandan. Masak hingga agar-agar larut
Masukkan susu cair dan air laici ke dalam larutan agar-agar. Kacau seketika sehingga mendidih.
Carikkan isi laici dan tabur di dalam loyang.
Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang, sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Apabila agar-agar sudah sejuk dan membeku, potong dan hidangkan

#copypaste

PUDING ROTI CINNAMON


Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur 
2 1/2 sudu gula 
1 sudu mentega
200ml susu segar
1 sudu kecil cinnamon powder
esen vanilla
2 sudu kismis
chocolate syrup Hershey's -optional

Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan mentega dan susu. Gaul sehingga rata.
2. Masukkan cinnamon powder dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Carikkan roti dan masukkan ke dalam adunan. Biar semua roti tenggelam.
4. Masukkan kismis dan gaul sehingga rata.
5. Masukan adunan ke dalam acuan muffin yang telah dileset minyak
6. Panaskan oven kemudian masak sekitar 10-15 minit.
7. Bila sejuk, letakkan chocolate syrup Hershey's.

#copypaste

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA


Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
sedikit kapur - jgn letak banyak, nanti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan
sedikit garam

Cara :

[1] Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati
[2] Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
[3] Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap
[4] 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam
[5] Kacau sehingga sebati
[6] Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
[7] Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi
[8] Sejukkan

NOTA:
Sedikit tip untuk membuat kuih ni basah2 seperti kuih dibeli
Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas
Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih

#copypaste