expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 15 March 2013

BERKESAN APABILA DI AWAL WAKTU DAN AURA BERJEMAAH TEMPAT AZAN DILAUNGKAN SAHAJ



Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang


 bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma

tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan

penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu

Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan

menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda 

tidak dapat diserap oleh tiroid yang

mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang 

dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita

cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.Bermulanya saja azan Subuh, 

tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap

optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan

pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah 

mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian


warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada

waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan

sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan


dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat

Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di 

perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu


 Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi


 prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia 


warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya


 kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh


 seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar


 ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita


 kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini 


kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis 


(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga


 kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan


 juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.)


 kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh


 mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah


 keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya


 memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman


 dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.


 Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam


 kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah


 waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana


 keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah


 jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi


 kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit


 kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

No comments:

Post a Comment