1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur
atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
– Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki
(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
– Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan
mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya
dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah
3. Wangian
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya,
maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong
kapal kata orang sekarang hidong belang
– Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung
hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka
– Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau
meminta supaya dikikirkan giginya –
Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani,
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,
yang merubah ciptaan Allah
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti
orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan
7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja
– Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya
– Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya
– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu
mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan
seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram
– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara)
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik
– Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi
– Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka
dan menjaga kehormatan mereka
– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu,
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu,
puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan
mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya
– Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah
– Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan
terutama yang menjolok mata ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti
– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu.
Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang
yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk
dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah!
Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia
tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
No comments:
Post a Comment