expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 20 December 2013

JANGAN AMBIL RINGAN DENGAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID....

Kaum ADAMM!!! TAKE A NOTE ABOUT THIS!!! JANGAN AMBIL RINGAN DENGAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID....
1) hadis tentang nabi ingin bakar rumah yang didalamnya terdapat lelaki yang tidak solat berjemaah di masjid(riwayat muslim,abu daud,ibn majah,tirmizi)
2) begitu juga hadis yang mafhumnya tidak diterima solat lelaki(yang tiada uzur syar'ie) yang mendengar azan tetapi tidak ke masjid(riwayat abu daud dan ibn hibban)
3) nabi juga memanggil mereka yang dengar azan tetapi tidak solat berjemaah tanpa sebab sebagai zalim,kufur dan nifak(riwayat ahmad dan tabarani..
4) juga hadis tentang sahabat nabi yang buta yang meminta izin daripada nabi untuk tidak ke masjid menunaikan solat jemaah kerana tidak ada yang memimpinnya ke masjid,lalu nabi izinkan,tetapi setelah nabi dapat tahu bahawa beliau tinggal tidak jauh dari masjid dan mendengar azan,maka nabi menarik semula keizinan tersebut.(riwayat imam muslim)
5)para ulama juga menyatakan bahawa kaum munafik di zaman rasulullah juga tidak pernah miss solat di masjid kecuali pada waktu isya dan subuh sahaja kerana pada waktu itu gelap dan mereka malas serta beranggapan tidak ada yang sedar mereka tidak hadir ke masjid kerana gelap sehingga nabi khabarkan jika manusia nampak betapa besarnya pahala solat jemaah subuh dan isya,tentu orang munafik juga akan datang ke masjid walaupun merangkak.
6)nabi tidak pernah tinggalkan solat jemaah(kecuali ketika nazak nak wafat) walaupun dalam keadaan sakit yang amat sehingga terpaksa dipimpin para sahabat ke masjid.... 

No comments:

Post a Comment