expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 20 December 2013

Malam Pertama Saad Bin Muaz

  Sa'ad b. Muaz memiliki kulit yang tersangat hitam, ada riwayat mengatakan lebih hitam dari Bilal...
Beliau mengenali Islam ketika berusia 31 tahun...dan hanya sempat menjalani kehidupan sebagai umat Nabi  Muhammad S.A.W selama 6 tahun, sebelum Syahid di medan perang.        
Diceritakan, Sa'ad b. Muaz ingin berkahwin, namun selalu ditolak pinangannya kerana kekurangan dari segi sifat  fizikalnya yang terlalu hitam.  Rasa kecewa dengan perkara itu lalu beliau mendatangi  Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, ..          adakah aku ini hina kerna kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali..?” .lalu Rasulullah bekata “.. jangan bimbang Sa'ad, engkau adalah orang yang aku jamin”...          Suatu hari, Rasulullah SAW menyuruh Sa'ad b. Muaz   meminang seorang perempuan yang merupakan perempuan  yang cantik di Madinah,.namun Sa'ad enggan, kerana rasa kecewa dengan penolakan pinangan-pinangan sebelum ini.... Hanya setelah Rasulullah memberi jaminan, barulah Sa'ad berani pergi meminang.         

Sampai di rumah keluarga perempuan itu, beliau duduk   berbual bersama tuan rumah, beliau menyatakan hasratnya datang untuk masuk meminang,..dan perkara itu          menyebabkan bapa perempuan itu terdiam seketika... Disebabkan terkejut, bapa perempuan itu telah menghalau    Sa'ad dari rumahnya. Sa'ad beredar dari rumah itu kembali   untuk bertemu Rasulullah dengan perasaan yang sedih..

.Perempuan yang dipinang itu keluar dan bertanya kepada bapanya mengapa menolak pinangan tersebut ?,... kerana lelaki itu adalah pilihan Rasulullah....Maka, segera si bapa berlari berjumpa Rasulullah bagi          mengelakkan Sa'ad sempat berjumpa Baginda... Kemudian datang bapa gadis tersebut menemui Rasulullah   dan memohon maaf kerana menolak pinangan Sa'ad  sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas    pinangan tersebut. Ditanya Rasulullah kepada Sa'ad, adakah beliau          mempunyai duit untuk berkahwin ?...Maka jawab Sa'ad ..tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau   menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan Saidina Ali          berjumlah 10 dinar. Maka, apabila beliau berjumpa dengan  sahabat Rasulullah yang tersebut dan mengetahui perintah  tersebut, Saidina Abdul Rahman b. Auf telah memberikan  40 dinar, manakala Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali memberikan 20 dinar setiap seorang. Sa'ad kini telah          mempunyai 80 dinar untuk perkahwinannya.Rasulullah menyuruh Sa'ad menggunakan 40 dinar untuk   perkahwinannya dan 40 dinar lagi untuk persiapan selepas  perkahwinan iatu peralatan memasak dan sebagainya..  Sa'ad b. Muaz pun pergi ke pasar bagi tujuan membeli          peralatan-peralatan tersebut...          Sedang beliau memilih dan membelek barang-barang, terdengar panggilan seruan untuk berjihad ke medan          peperangan kerana musuh telah tiba. Sa'ad terdengar   seruan jihad dari Rasulullah “ wahai pemuda2 Islam !!.. bersiap sedia segera... kerna musuh sedang datang untuk  menyerang kita..!!! ”...Maka secara tiba-tiba, terlupa Sa'ad  akan tujuan asal datang ke pasar,... terlupa perempuan  cantik bakal isterinya dan perkahwinannya Beliau   sebaliknya telah menggunakan wang tersebut untukmembeli kuda, pedang dan baju perisai bagi menyahut  seruan jihad itu.  Ketika sampai di Medan perang... mereka yang bersedia untuk berjihad telah berkumpul dan membentuk baris.. Sa'ad pergi ke barisan hadapan sekali, ...   Beliau menutup seluruh muka dan tubuhnya, sehingga dia  tidak dikenali oleh semua ahli pasukan yang ikut berperang...   Para sahabat berbisik-bisik kagum dengan kegagahan beliau dan menganggap mungkin orang Yeman yang turut  serta berjuang bersama-sama mereka. Dalam peperangan itu, kuda yang dinaiki Sa'ad telah  dipanah hingga jatuh... dan beliau bangun dan menyinsing lengannya... Ketika itulah sahabat mengecamnya dari  warna kulit beliau yang Hitam legam itu.... Beliau akhirnya telah syahid tanpa sempat berkahwin dan menyentuh bakal isterinya.Dan diceritakan oleh Rasulullah SAW,... 70,000 Malaikat di langit dan bumi menyaksikan Sa'ad gugur syahid,.  sehingga 'Arasy' di langit ketujuh bergegar kerana tangisan para malaikat. Sa'ad b. Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya...  seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.. 

No comments:

Post a Comment