expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 26 February 2014

Hamba Allah

Assalamualaikum…
Allah Rahim..  Allah Maha Penyayang..  Ye.. Ana masih berpijak dan nasih bertahan dibumi ini kerana yakin bahawa Allah sentiasa bersama hambanya.. Allah sentiasa bersama orang yang sabar
Kadang sebagai seorang manusia ana juge tersungkur.. Dan terjatuh hingga merasakan bahawa diri ini tidak berdaya bertahan.. Namun ku pasti bahawa Rahmat dan Kasih Sayang Allah sentiasa bersama.. Dan kerana itulah ana bangkit.. Bangkit untuk terus berjuang demi agama Allah.. Demi menyambung perjuangan Nabi… Namun perjuangan ku tidak Sehebat Nabi.. Tidak Setabah Siti Khadijah.. Hebat sungguh insan2 ini perjuangkan agama Allah dan bersusah payah.. Bukan macm diri ku yg mudah patah semangat.. Malu menebal ketika membaca sejarah saidatina Khatijah.  AllahuAkbar..
Dalam setiap bait2 doaku sentiasa ku mohon agar Allah permudahkan diri ini untuk mendidik ank2..membentuk anak2 kearah jalan yang benar…  Tanggungjawab dan Amanah yg sgt berat ini ku pikul dengan meyakini bahawa Allah sentiasa bersama ku...
Diri ini hanyalah seorang hamba kepada Rabb Pencipta Yang Maha Agung… 
Akan ku genggam hasrat dan cita2 ku untuk mendidik dan membentuk anak2 didik ku untuk teruskan perjuangan Nabi.. Menyelamatkan Agama Allah…  insyaAllah.. Summa insyaAllah.. 
Barakallah fi dunnia wal akhirah…

No comments:

Post a Comment