expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 16 December 2011

AMALKAN CARA HIDUP MUKMIN....




ORANG MUKMIN bukan sahaja baik,malah suka memandang kebaikan orang lain dan bila dia memandang sahaja orang lain..dimatanya semua orang adalah baik. Tiada rasa dengki,buruk sangka,dendam kesumat dan sebagainya..dan orang mukmin itu sentiasa memandang hidup ini adalah sesuatu yang indah..sangat indah ciptaan Allah pada setiap hamba ciptaan-Nya dan mempunyai kelebihan dan keunikkannya yang tersendiri.

Maulana Jalaluddin Rumi pernah berkata, "Orang yang begitu senang dan nikmat melihat dan menyebut-nyebut kebaikan orang lain bagaikan hidup disebuah taman yang indah. Di sini anggerik,disana melati..dimana-mana sahaja bila matanya memandang,yang nampak hanya bunga-bunga yang indah dan mewangi..

Sebaliknya, orang yang gemar melihat aib dan kejelekkan orang lain, fikirannya hanya di selimuti oleh aneka keburukan sementara hatinya sentiasa dikepung dengan perasaan berperangsangka yang bukan-bukan. Kerana itu orang yang begini setiap kali dia melihat dia akan nampak ialah ular,buaya,kala jengking,duri dan sebagainya. Dimana sahaja dia berada, sentiasa tidak akan pernah dapat menikmati indahnya hidup dibumi ciptaan Allah ini.

No comments:

Post a Comment