expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 19 December 2011

DOSA



Dosa itu derita ...kerana dosa itu sgt memberi kesan pada jiwa.

Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ' pelanggaran '.

Pertama perlanggaran keatas fitrah hati tabii .

Kedua perlanggaran terhadap ALLAH... Zat Yang Maha Tinggi.

Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan...

Jangan dilawan fitrah sendiri!....
..yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan.

Fitrah ini kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan.

Jika fitrah yang sukakan kebaikan itu subur...dididik dan dipimpin..maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia.

Sebaliknya jika fitrah yg baik itu dibiarkan,diabai apa lagi ditentang ...maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan.

Jadi jagalah hati agar hati itu tidak mati!!

Rasulullah saw sgt arif tentg hakikat itu.Justeru apabila ditya apakah itu dosa?

Baginda menjwb " Dosa itu adalah sesuatu yg menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka org lain melihat kamu melakukan "

Oleh itu...awaslah wahai diri...Dosa itu adalah racun.

Bahananya akan merosak secara perlahan-lahan atau mendadak.

Mujurlah dosa itu tidak berbau...jika tidak..tidak akan ada sesiapa yang sudi mendekati kita....

No comments:

Post a Comment