expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 31 May 2014

Belajar Dari Sebiji Telur



Belajar Dari Telur :
Jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan didalam telur akan berakhir.Tapi...Jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam,maka kehidupan baru telah lahir... hal-hal besar selalu dimulai dari dalam.

Allah.Swt tidak pernah menjanjikan bahwa :
- Langit itu selalu biru
- Bunga selalu mekar
- Mentari selalu bersinar

Tapi ketahuilah bahwa DIA selalu memberi:
- Pelangi .....disetiap badai
- Senyum .....disetiap air mata
- Berkat .......disetiap ujian
- Jawaban .....disetiap doa

Jangan pernah menyerah, terus berjuanglah,"Li fe is so beautiful"
- Hidup adalah CABARAN....HADAPILAH
- Hidup adalah ANUGERAH.... TERIMALAH
- Hidup adalah TUGAS,..........SELESAIKANLAH
- Hidup adalah CITA2,...........CAPAILAH
- Hidup adalah MISTERI,........SINGKAPKANLAH
- Hidup adalah KESEMPATAN,.. AMBILLAH
- Hidup adalah LAGU,............NYAYIKANLAH
- Hidup adalah JANJI,...........PENUHILah
- Hidup adalah KEINDAHAN,...BERSYUKURLAH
- Hidup adalah TEKA-TEKI,.....PECAHKANLAH


1 hal yang buat kita BAHAGIA adalah CINTA
1 hal yang buat kita tambah DEWASA adalah MASAALAH
1 hal yang buat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yang buat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yang buat kita KUAT adalah....DOA


Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita agar tetap istiqomah dalam melakukan kebaikan dan memberikan kelapangan hati kita untuk menjadikan kita pribadi yang luar biasa. Aamiinn...

Tuesday, 13 May 2014

Kaedah Membentuk Akhlak Anak Menjadi Baik dan Lembut Hati

13
anak degil
Susu ibu memainkan peranan yang penting untuk membentuk peribadi dan perilaku yang mulia terhadap anak anak, terutama agar ia taat dan menghormati orang tua.
Susu ibu juga mendidik anak anak untuk sentiasa menjaga hati kedua ibu bapa. Membiarkan anak anak tanpa disusukan oleh ibu sendiri serta menyerahkan tanggungjawab penjagaan sepenuhnya kepada orang gaji akan menghalang pengaliran nilai nilai budi yang luhur.
Ini satu budaya yang kurang baik dalam proses kita membentuk pengukuhan institusi kekeluargaan, terutama untuk membentuk arah hubungan yang mesra antara anak anak dengan ibu mereka.
Membiarkan anak anak dijaga sepenuhnya oleh orang gaji akan membuatkan mereka terabai daripada menikmati erti kasih dan sayang daripada ibu bapa mereka sendiri. Anak anak mungkin menjauhkan diri dari ibu bapa apabila mereka merasakan diri terabai dan kegersangan belaian.
Anak anak terbiar akan mudah memberontak dan melahirkan rasa tidak puas hati tanpa sebarang rasa hormat terhadap ibu bapa.
Kadang kadang ini menjadikan hubungan anak anak dengan ibu bapa umpama ‘ majikan dan pekerja” atau lebih buruk lagi umpama”hamba dan tuan”.
Pemberontakan akan lebih mudah berlaku dikalangan anak anak yang mendapat kemewahan dan harta tetapi ketandusan perhatian. Mereka mungkin bersikap biadap ke atas ibu bapa tanpa mengemukakan sebab yang jelas.
Anehnya, hubungan yang renggang antara ibu bapa dan anak anak diterima sebagai prkara biasa dalam kehidupan sekarang walaupun mereka menyedari perkara tersebut amat merbahaya.
Anak anak yang mudah renggang hubungan dengan keluarga masing masing amat sukar untuk dibentul akhlaknya, apatah lagi apabila mereka sudah dewasa kerana pepatah ada menyebut ‘melentur buluh biar di waktu rebungnya”.
Apabila sudah berlarutan hingga dewasa, kemelut hubungan antara anak anak dan ibu bapa amat sukar untuk dipulihkan kecuali kedua dua pihak sanggup mencari jalan penyelesaiana.
Islam memberi panduan untuk menghadapi realiti kekeluargaan ini dengan mengajurkan kepada usaha mendidik anak anak supaya menjadi baik semula.
Proses ini dirujuk pada sejarah dimana banyak pejuang pejuang Islam yang terkenal di zaman Rasulullah lahir dari kalangan keluarga orang kafir.
Mereka mula mulanya memiliki sikap yang bengis, kasar dan sanggup membunuh sesiapa saja tetapi akhirnya menjadi mulia setelah beriman kepada Allah.
Mereka menerima perwatakan dan sikap yang luhur dan meninggalkan segala sikap yang cela dan menjadi contoh yang unggul dalam perwatakan bagi diteladani oleh umat Islam.
Oleh itu tidak mustahil kita boleh mendidk kembali anak anak supaya menjadi baik.Seperti kata pepatah ‘ belakang parang kalau diasah lagikan tajam” dan ibu bapa perlu berusaha dengan bertawakal kepada Allah.
Ibu bapa perlulah banyak berdoa kepada Allah dengan bertawajuh pada waktu dinihari sambil berdoa dengan memohon pertolongan dari-Nya supaya membantu mengubah perangai anak anak.
Amalkan membaca empat ayat akhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23, 24) sewaktu anak anak sedang tidur dan niatkan bacaan itu agar lembutlah hati mereka supaya taat kepada Allah dan ibu bapa.
Setelah selesai dibaca, tiupkan betul betul di ubun ubun kepala anak anak.
Sekiranya tidak berkesan maka boleh amalkan bacaan lima ayat pertama surah Thoha. Selepas itu tiupkan bertentangan dengan hidungnya sewaktu anak sedang menarik nafas ketika tidur.
Lima ayat surah Thoha ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dalam beberapa riwayat di mana seorang manusia yang keras hati, buruk tingkah laku dan pernah bersumpah untuk membunuh Rasulullah akhirnya berubah sikap.
Didorong oleh hasrat untuk memunuh Rasulullah, beliau pergi ke rumah adiknya dan akhirnya setelah mendengar suara orang membacakan ayat ayat tersebut, beliau merempuh masuk kerumah itu lalu dirampas tulisan ayat itu dan dibacanya sendiri.
Tiba tiba hatinya menjadi lembut dan tanpa disangka sangka, akhirnya beliau berlari pergi bertemu Rasulullah lalu melafaskan dua kalimah syahadah d an beriman kepada Allah dan rasulnya.
Manusia tersebut ialah Umar bin al-Khattab.
Ayat ayat tersebut adalah sebahagian daripada ikhtiar dan jika diizinkan Allah akan terlaksana, namun sekiranya tidak berkesan, teruskan usaha.
Ikhtiar lain pula ialah dengan membawa anak anak degil berjumpa dengan orang orang yang salih agar didoakan kepada mereka dan ditiupkan ke kepala (otak), dada (hati), dan perut (citarasa) dengan doa doa mereka.
Amalan ini dilakukan sejak zaman Rasulullah di mana anak anak dibawa bertemu beliau untuk didoakan.
Disini bermula satu amalan dalam Islam yang disebutkan tahneek.(Rasulullah memamah buah tamar lalu disuapkan ke mulut bayi, didoakan kebaikan bayi lalu dicukur rambut, menyembelih kambing dan bersedekah kepada fakir miskin)
Istiadat ini kemudian dikenali di kalangan masyarakat Melayu sebagai “cukur jambul”, berakikah dan majlis keseyukuran.
Bagaimanapun dalam keadaan sekarang amalan ini lebih bersifat budaya yang hanya menekankan kepada kenduri, marhaban, hadiah bunga telur dan kalau pun ada “belah mulut” dan “cukur jambul”, amalan itu hanya sekadar ada saja.Ibu bapa tidak benar benar serius dalam mencari orang yang benar benar salih untk berdoa.
Sepatutnya ibu bapa mesti sanggup membawa orang yang benar benar salih walaupun jarak rumahnya jauh beratus batu kerana doanya memberi kebaikan kepada bayi.
Akikah juga amalan yang mulia dan ada kaitan dengan bayi hingga ulama menekankan kepada amalan tersebut agar dilaksanakan dengan sempurna.
Binatang untuk akikah mestilah dari jenis yang baik dan sihat seperti unta, lembu atau kambing.
Ikhtiar lain pula ialah dengan “menyerahkan” anak anak kepada orang yang salih agar diterima sebagai anak angkat, tanpa mengubah bin anak itu.
Kaedah ini tidak bercanggah dengan syarak dan amalan dilakukan dengan membawa bersama sama susu, sedikit gula, garam, beras, buah buahan segar seperti pisang serta ketupat pulut bersama rendang daging.
Makanan ini dimakan bersama sama antara keluarga anak anak dengan bapa angkat yang salih tadi sebagai tanda kesyukuran.
Sekiranya anak yang dibawa itu sudah besar maka bolehlah ia makan bersama sambil berkenalan dengan harapan perakuan anak angkat dengan bapa angkat itu akan menempiaskan berkat daripada bapa angkat yang salih itu.
Kemudian bapa angkat yang salih itu akan meminta ibu bapa supaya menjaga anak angkatnya dengan baik serta mendidiknya dengan ilmu agama yang sempurna.


Petikan dari: www.grenbarabravejournal.com
Bila hubungan dengan ibu bapa renggang Akhlak anak sukar dibentuk
Oleh: PROF. DR. HARON DIN. Klinik Darussyifa, Bangi

13 Perkara yang perlu dijaga oleh seorang wanita

niqab-muslimah
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Wednesday, 9 April 2014

Kisah Risalah dan ank kecil

“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada          jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup sa          ya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan budak kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang yang sangat berani . Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang..Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!ALLAHUAKBAR! .

Juwairiyah binti Al-Harits

Parasnya begitu cantik, luas ilmunya dan mulia akhlaknya. Begitulah sejarah Islam melukiskan Juwairiyah binti Al-Harits. Sejatinya, ia bernama Barrah. Wanita itu berasal dari Bani Musthaliq yang menyembah berhala. Ayahnya, Al-Harits, adalah pemimpin kaumnya yang gemar menyembah patung dan sangat memusuhi Islam.
Burrah sempat menikah dengan seorang pemuda yang bernama Musafi' bin Shafwan. Ayahnya berencana untuk menyerang kaum Muslimin di Madinah. Bani Musthaliq sangat bernafsu untuk mengalahkan pasukan tentara Islam dan mengambil alih kekuasaan di antara suku-suku Arab. Rencana itupun sampai ke telinga Rasulullah SAW.
Untuk memastikan kabar itu, Nabi SAW lalu menugaskan Buraidah bin Al-Hushaid untuk memastikan kebenaran informasi itu. Ternyata, rencana penyerangan yang akan dilakukan Bani Musthaliq itu tak sekedar isu melainkan kenyataan. Rasulullah pun menyusun kekuatan dan menyerang terlebih dahulu.
Pertempuran tentara Islam melawan kaum kafir dari Bani Musthaliq itu dikenal sebagai perang Perang Muraisi' dan terjadi pada bulan Sya'ban tahun kelima Hijrah. Dalam pertempuran itu, umat Islam meraih kemenangan. Pemimpin bani Musthaliq, Al-Harits melarikan diri dari medan peperangan dan suami Barrah tewas terbunuh.
Seluruh penduduk yang selamat, termasuk Barrah menjadi tawanan. Sebagai seorang terpelajar, mengetahui dirinya menjadi tawanan, Barrah mengajukan tawaran untuk membebaskan diri. Ia lalu mencuba bernegosiasi dan meminta bertemu dengan Nabi SAW. Upayanya membuahkan hasil.
"Rasulullah, aku Barrah, putri dari Al Harits. Ayahku adalah pemimpin kaumku. Sekarang aku ditimpa kemalangan dengan menjadi tawanan perang dan jatuh ke tangan Tsabit bin Qais. Ia memang lelaki baik, tidak pernah berlaku buruk padaku. Namun ketika kukatakan aku ingin mene bus diri, ia membebaniku dengan sembilan keping emas. Maka kupikir lebih baik minta perlindungan padamu. Tolong, bebaskan aku!" ujarnya.
Nabi SAW berpikir sejenak. Lalu Rasulullah SAW balik bertanya, "Maukah engkau yang lebih baik dari itu?" Seketika Barrah tercengang dan balik bertanya, "Apakah gerangan itu, wahai Rasulullah? Lalu Nabi SAW berkata, "Aku tebus dirimu, lalu kunikahi engkau." Mendengar jawaban Nabi SAW, wajah Barrah pun berubah berseri-seri. "Baiklah, wahai Rasulul lah," tutur Burdah. Lalu Rasulullah SAW menikahinya dan nama Barrahpun diganti menjadi Juwai riyah.
Seperti diriwayatkan Aisyah RA, kabar pernikahan Rasulullah dan Juwairiyah menyebar cepat di kalang an kaum Muslimin. Secara tak terduga, pernikahan itu menjadi berkah bagi kaum Bani Musthaliq yang tertawan dan menjadi budak. Para sahabat membebaskan semua tawanan yang masih memiliki hubungan kekerabatan dengan Juwairiyah. 

Tangan seorang pembelah batu

Rasulullah baru tiba dari Tabuk, peperangan dengan bangsa Romawi yang kerap menebar ancaman pada kaum muslimin. Banyak sahabat yang ikut beserta Nabi dalam peperangan ini. Tidak ada yang tertinggal kecuali orang-orang yang berhalangan dan ada uzur.
Saat mendekati kota Madinah, di salah satu sudut jalan, Rasulullah berjumpa dengan seorang tukang batu. Ketika itu Rasulullah melihat tangan buruk tukang batu tersebut melepuh, kulitnya merah kehitam-hitaman seperti terpanggang matahari.
Sang manusia Agung itupun bertanya, “Kenapa tanganmu kasar sekali?"
Si tukang batu menjawab, "Ya Rasulullah, pekerjaan saya ini membelah batu setiap hari, dan belahan batu itu saya jual ke pasar, lalu hasilnya saya gunakan untuk memberi nafkah keluarga saya, kerana itulah tangan saya kasar."
Rasulullah adalah manusia paling mulia, tetapi orang yang paling mulia tersebut begitu melihat tangan si tukang batu yang kasar karena mencari nafkah yang halal, Rasul pun menggenggam tangan itu, dan menciumnya seraya bersabda,
"Hadzihi yadun la tamatsaha narun abada", 'inilah tangan yang tidak akan pernah disentuh oleh api neraka selama-lamanya'.
Rasulullahl tidak pernah mencium tangan para Pemimpin Quraisy, tangan para Pemimpin Khabilah, Raja atau siapapun. Sejarah mencatat hanya putrinya Fatimah Az Zahra dan tukang batu itulah yang pernah dicium oleh Rasulullah. Padahal tangan tukang batu yang dicium oleh Rasulullah justru tangan yang telapaknya melepuh dan kasar, kapalan, karena membelah batu dan karena kerja keras.
Suatu ketika seorang laki-laki melintas di hadapan Rasulullah. Orang itu di kenal sebagai pekerja yang giat dan tangkas. Para sahabat kemudian berkata, “Wahai Rasulullah, andai bekerja seperti dilakukan orang itu dapat digolongkan jihad di jalan Allah (Fi sabilillah), maka alangkah baiknya.” Mendengar itu Rasul pun menjawab, “Kalau ia bekerja untuk menghidupi anak-anaknya yang masih kecil, maka itu fi sabilillah; kalau ia bekerja untuk menghidupi kedua orang tuanya yang sudah lanjut usia, maka itu fi sabilillah; kalau ia bekerja untuk kepentingan dirinya sendiri agar tidak meminta-minta, maka itu fi sabilillah.” (HR Thabrani)
Orang-orang yang pasif dan malas bekerja, sesungguhnya tidak menyadari bahwa mereka telah kehilangan sebagian dari harga dirinya, yang lebih jauh mengakibatkan kehidupannya menjadi mundur. Rasulullah amat prihatin terhadap para pemalas.
”Maka apabila telah dilaksanakan shalat, bertebaranlah kan di muka bumi; dan carilah karnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”. (QS. Al-Jumu’ah 10)
”Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, supaya kamu menjalani jalan-jalan yang luas di bumi ini”. (QS Nuh19-20)
”Siapa saja pada malam hari bersusah payah dalam mencari rejeki yang halal, malam itu ia diampuni”. (HR. Ibnu Asakir dari Anas)
”Siapa saja pada sore hari bersusah payah dalam bekerja, maka sore itu ia diampuni”. (HR. Thabrani dan lbnu Abbas)
”Tidak ada yang lebih baik bagi seseorang yang makan sesuatu makanan, selain makanan dari hasil usahanya. Dan sesungguhnya Nabiyullah Daud, selalu makan dan hasil usahanya”. (HR. Bukhari)
”Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan shalat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: ”Bersusah payah dalam mencari nafkah.” (HR. Bukhari)
”Barangsiapa yang bekerja keras mencari nafkah untuk keluarganya, maka sama dengan pejuang dijaIan Allah ‘Azza Wa Jalla”. (HR. Ahmad). 

Monday, 7 April 2014

Didik Anak Cara Islam



TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.

TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ