expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 5 June 2014

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE


(Loyang 8×8×3 inci)

BAHAN A:
- 250 gm cream cheese
- 60 gm gula halus
- 1 biji telur
- 1 sudu besar air
- 1 sudu besar tepung gandum

CARA-CARA:
- Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.Masukkan telur di ikuti dengan air dan tepung gdndum.Pukul lagi dan gaul sebati.Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
- 2 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu kecil vanilla
- sedikit garam
- 1/2 cawan air panas didih
- 1/2 cawan susu segar/cair
- 1/2 cawan minyak jagung/masak
- 1 cawan tepung gandum*
- 3 sudu besar serbuk koko*
- 1 sudu kecil baking soda*
- 1/2 sudu kecil baking powder*
(*Bahan-bahan perlu di ayak dulu)

CARA-CARA:
~ Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.Masukkan air panas, susu dan minyak.Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah di ayak dan di gaul sebati.(Saya tapis).
Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian.

CARA MEMASAK:
~ Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.Guna api sederhana je.Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.Tuang aduan coklat.Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.Buka aluminium foil dan tuang aduan cream cheese di atasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.Setelah benar-benar sejuk boleh potong dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Resepi Agar-agar Laici



Bahan-Bahan:

1 peket agar-agar kering, 28g
1 1/2 cawan gula
5 cawan air
2 helai daun pandan
1 tin susu cair
1 tin laici


Cara Membuat:

Basuh dan rendam agar-agar lebih kurang 1/2 jam.
Tapis dan masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air, gula dan daun pandan. Masak hingga agar-agar larut
Masukkan susu cair dan air laici ke dalam larutan agar-agar. Kacau seketika sehingga mendidih.
Carikkan isi laici dan tabur di dalam loyang.
Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang, sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Apabila agar-agar sudah sejuk dan membeku, potong dan hidangkan

#copypaste

PUDING ROTI CINNAMON


Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur 
2 1/2 sudu gula 
1 sudu mentega
200ml susu segar
1 sudu kecil cinnamon powder
esen vanilla
2 sudu kismis
chocolate syrup Hershey's -optional

Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan mentega dan susu. Gaul sehingga rata.
2. Masukkan cinnamon powder dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Carikkan roti dan masukkan ke dalam adunan. Biar semua roti tenggelam.
4. Masukkan kismis dan gaul sehingga rata.
5. Masukan adunan ke dalam acuan muffin yang telah dileset minyak
6. Panaskan oven kemudian masak sekitar 10-15 minit.
7. Bila sejuk, letakkan chocolate syrup Hershey's.

#copypaste

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA


Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
sedikit kapur - jgn letak banyak, nanti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan
sedikit garam

Cara :

[1] Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati
[2] Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
[3] Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap
[4] 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam
[5] Kacau sehingga sebati
[6] Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
[7] Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi
[8] Sejukkan

NOTA:
Sedikit tip untuk membuat kuih ni basah2 seperti kuih dibeli
Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas
Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih

#copypaste

Saturday, 31 May 2014

Apabila AGAMA menjadi pilhan yang utama..




Apabila AGAMA menjadi pilhan yang utama..

Sepasang Suami Isteri sedang berjalan sambil berpegangan tangan. Tiba-tiba si Isteri bertanyakan soalan pada suaminya...

ISTERI: Abg, bila kita jalan mcm ni, semua org memerhatikan kita kan? Mesti mereka pelik kenapa lelaki sehensem abg memilih saya yang serba kekurangan ni sebagai isteri abg...

SUAMI: Kenapa sayang cakap mcm tu? Sayang kan isteri abg, biar lah apa org nak cakap pun... (senyum)

ISTERI: Sayang tahu tu, tapi sayangkan tak secantik perempuan2 lain, badan gemok, kulit gelap, pendek. Rasa mcm tak layak jadi isteri abg... (Dgn nada yang sayu)..

SUAMI: (sambil mengenggam erat tgn isterinya) Sayang, ni lah yg dikatakan Jodoh. Allah dah tentukan sayang jadi milik abg. Abg Redha, dan untuk pengetahuan sayang, abg pilih sayang sebagai isteri abg bukan kerana paras rupa, bukan kerana harta tapi kerana agama yg ada pada sayang. Kali pertama abg tgk sayang, abg yakin sayang boleh jadi isteri yg terbaik untuk abg tempuhi dunia ni, dan bila abg pandang muka sayang masa tu, nampak wajah keibuan pada sayang...

ISTERI: Tapi abg........

SUAMI: (menutup mulut isterinya) Tak de tapi-tapi, Sayang adalah Amanah dari Allah. Apa pun yg org nak cakap abg tak kisah, apa yg abg tahu, abg Bahagia ada sayang disisi, sbb sejak kita nikah abg dah ada teman untuk menghafal al-quran, abg dah ada teman untuk mengaji dan abg dah ada teman untuk Tahajjud di sepertiga malam... Sayang ingat senang ke abg nak cari isteri mcm sayang?? Susah tau...

ISTERI: (Memandang suaminya dengan air mata berlinangan dipipi)

SUAMI: Alolololo... Isteri abg nangis ye?? (smbil kesat air mata isterinya) Abg tahu abg hensem (cewahhhh, hehehe) dan abg tahu abg boleh dapat perempuan2 yang cantik, tapi abg tak nak ikut NAFSU, lumrah lelaki inginkan teman hidupnya secantik bidadari, tapi abg tak kejar semua tu, semua tu hanya didunia. Abg nak kejar JANNAH bersama2 isteri abg yang comey ni. Abg tahu isteri abg ni mampu jadi bidadari abg yg paling cantik untuk abg dan anak2 nnti. In shaa Allah di syurga nnti juga. Kan sayang kan???

ISTERI: In shaa Allah abg. Terima kasih (nangis)

SUAMI: Dah la tu sayang. Jangan nangis dah tau. Jom ikut abg g masjid, kita g taman2 syurga, malam ni ada kuliah kat masjid. ABANG SAYANG ISTERI ABG---------------------------------------------------------------------------------------
Bila berkahwin dengan orang yang tak sama sikap, minat dan hobi, alasannya payah nak serasi.Bila berkahwin dengan orang yang sama sikap, minat dan hobi,alasan yang diberi adalah bosan dan tiada kelainan.Cik kak, encik abang.Kalau selalu mencari dan mencipta alasan, nasi di tangan pun tak mampu ditelan.Pasangan ertinya saling menyempurnakan.Bila tak sama, ciptalah kesesuaian.Bila dah sama, ciptalah kelainan sebagai kejutan.Hendak seribu daya, mahu seribu cara.Kalau tak nak, satu alasan menutup segala peluang yang ada. Raikan orang tersayang dengan 'kesuburan keimanan dan raihkan cinta bersama-NYA'Hargailah insan yang kamu sayang...

Amalan Niqab





Dulu2 amalan niqab ni hanya ada pada beberapa golongan.
Orang2 yang berniqab begitu PEMALU..
Mereka tak nak sesiapa pandang mereka apatah lagi
berkawan dengan lelaki ajnabi..

Bila ada mereka,rasa hormat timbul..
Laki2 jalanan yang selalu mengganggu perempuan pun
akan terdiam bila ada niqabis lalu depan mereka..

Realiti hari ini ramai yang berniqab..
Tapi??
Kuantiti lebih banyak dari kualiti??
Bila nak jadi macam wanita2 di tharim?
Wanita2 di india?
Ada kawan saya sampai ke erode tamil nadu india.
Di sana wanita2 Islam pakai hijab yang sangat sempurna (Niqab +sarung tangan+stokin+bewarna hitam=tiada apa pun boleh lihat ) tapi bila lalu
di depan mereka lelaki ajnabi,wanita2 ini akan menghadap dinding sehingga lelaki2 itu lalu....

Mereka begitu malu walaupn dah berniqab..
mereka tak nak menghadap lelaki ajnabi..

Bila amalan begini nak ada di Malaysia???
Wanita hari ini berniqab tapi...
berkawan dengan lelaki ajnabi...
Berniqab tapi berjumpa dengan lelaki ajnabi..
Berniqab tapi tak jaga ikhtilat...

Berapa ramai yg berniqab tau nilai niqab itu?!
Berapa ramai yg berniqab jaga ikhtilat.??
Berapa ramai berniqab tau hukum niqab??
Allahu Rabbi..


Ahlan Wa Sahlan Ya Sya'ban



Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata : "Rasulullah S.A.W tidak pernah berpuasa sebanyak yang Baginda S.A.W puasa di bulan Sya'ban." Aku bertanya kepada Baginda S.A.W : "Mengapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa di bulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa di bulan Sya'ban?" Baginda S.A.W menjawab : "Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu di antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan. Ia juga bulan yang diangkat segala amalan kepada ALLAH SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad & Nasa'ie - sanad yang Hasan)