expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 5 November 2011

HARI RAYA AIDILADHA









Andainya ibrahim sanggup mengorbankan anaknya demi menurut perintah allah, Aku mengharap itulah aku dalam berkorban membentuk anakku nanti agar menurut perintah allah... Andainya ismail sanggup mengorbankan diri demi mematug ayahnya menurut perintah allah.. Aku mengharapkan itulah aku dalam berkorban demi mematuhi ayahku mahukan aku menurut perintah allah... Andainya khadijah sanggup mengorbankan hartanya demi menegakkan perintah allah.. Aku mengharapkan itulah aku dalam bekorban menginfakkan hartaku demi perintah allah... Andainya fatimah sanggup mengorbankan dirinya demi mematuhi ayahnya menerima cinta ali atas perintah allah.. Aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan keinginanku demi cintaku pada suami atas takdir jodoh dari allah... Andainya umar sanggup mengorbankan anaknya demi menegakkan keadilan siyasah islam atas perintah allah.. Aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan pemikiran sempitku demi menegakkan keadilan siasah negara atas perintah allah.. Andainya hasan sanggup mengorbankan jawatan khilafahnya demi menegakkan persaudaraan islan kerana keredhaan allah... Aku mengharap itulah aku sanggup mengorbankan keegoanku demi menegakkan silaturrahim antara kita kerana keredhaan allah.. Andainya husein sanggup mengorbankan jiwa dan kepalanya di karbala demi menentang kezaliman tirani menyahut seruan allah.. Aku mengharap itulah aku sanggup mengorbankan masa dan ruang waktuku demi menentang kezaliman siapa sahaja justeru seruan allah.. Andainya masyitah menggadaikan nyawanya didalam minyak yang panas demi kebenaran membenarkan Allah dihadapan firaun yang zalim.. Aku berharap itulah aku dapat berpegang teguh atas keyakinan kepada allah ketika diancam.. Andainya kambing menjadi korban sebagai pertaruhan galang ganti ismail atas pengabdian suci kepada allah.. Aku mengharapkan itulah aku sanggup mengorbankan harta atau lembu untuk diperbuat korban saban tahun adanya.. Yakinlah pelangi ku (sofiauliya).. Allah sentiasa bersamamu... Salam aidil adha :-)..

No comments:

Post a Comment