expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 12 January 2014

Kata Imam Ghazali

Yang singkat itu: "waktu"
Yang menipu itu: "dunia"..
Yang dekat itu: "kematian"
Yang besar itu: "hawa nafsu"
Yang berat itu: "amanah"
Yang sulit itu: "ikhlas"..

Yang mudah itu: "berbuat dosa"
Yang susah itu: "sabar"
Yang sering lupa itu: "bersyukur"
Yang membakar amal itu: "mengumpat"
Yang mendorong ke neraka itu: "lidah"
Yang berharga itu: "iman"
Yang mententeramkan hati itu: "teman sejati"
Yang ditunggu Allah S.w.t itu: "taubat"
(Imam Al Ghazali)
Selamat menyambut Rabiul Awal bulan kelahiran Rasulullah.
Perbanyakkan selawat...Pinjam 1 minit, baca ayat ni "Hasbi Rabbi Jalallah..Maafi Qalbi Ghairullah..Nur Muhammad Salallah..Laa ilaa ha ilallah 3xMuhammadur Rasullullah"sebarkan kepada kawan & saudara mara..
Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W..

HUKUM PEMAKAIAN PURDAH

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.
Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya. walahua'lam..Hukum pemakaian purdah adalah diturunkan khas untuk isteri-isteri nabi.
Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir (hijab). Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya)
di sisi Allah.” ( al-Ahzab : 53)
Ayat tersebut dinyatakan tentang isteri-isteri Nabi dan khusus bagi mereka; tidak ada hubungannya dengan kaum Muslimah atau wanita mana pun selain isteri-isteri Nabi SAW. Yang memperkuat bahawa ayat tersebut khusus ditujukan bagi isteri-isteri Rasul SAW adalah hadits yang diriwayatkan dari ‘Aisyah ra, ia menuturkan
“Aku sedang makan bersama Nabi SAW dalam sebuah mangkuk ceper dan besar. Lalu ‘Umar lalu. Maka Nabi pun memanggilnya lalu ia pun ikut makan. Jari-jemarinya menyentuh jari-jemariku. Maka ‘Umar lantas berkata, “Ah, andai saja ditaati, niscaya tidak satu mata pun yang akan memandang kalian (isteri-isteri Nabi).” Setelah itu, turunlah ayat mengenai hijab.” (HR al-Bukhari)
Diriwayatkan dari ‘Umar ra, ia berkata
“Aku berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang baik dan yang jahat masuk menemuimu. Andai saja para ibu kaum Mukmin (isteri-isteri Nabi SAW) itu mengenakan hijab?” Setelah itu, Allah SWT menurunkan ayat tentang hijab.” (HR al-Bukhari)
Jadi jelas hukum purdah wajib kepada isteri-isteri nabi dan sedangkan kepada muslimah lain hukumnya adalah harus. Ada juga pandangan yang mewajibkan pemakain purdah wajib kepada semua wanita muslimah, kita wajib hormati sebagai sebuah ikhtilaf yang syar'ie. Tetapi sebelum ini tiada ulama' yang berani mengharamkannya. Jadi tidakkah mereka yang menyatakan purdah itu bukan sesuatu yang berasal dari Islam bahkan hanya adat telah menghina Rasullah dan Isteri baginda?
Pembahasan fiqh tentang perkara ini dibahaskan dalam halaqah Hizbut Tahrir dalam Kitab Nizamul Ijtimai'. Jika benar-benar ingin mendalami Islam, saya mengajak marilah datang ke halaqah Hizbut Tahrir. Banyak lagi khazanah Islam yang menjadi cahaya kehidupan diajar untuk kita amal dan dakwahkan.

Friday, 20 December 2013

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.
-Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
-Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.(terkena?? hahaha..)
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnyajalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu sukasangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bilapulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!! (terkena lagi?? hahaha..)
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8)Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnyatenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkanmembaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidakperlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimatyang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagiorang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 

JANGAN AMBIL RINGAN DENGAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID....

Kaum ADAMM!!! TAKE A NOTE ABOUT THIS!!! JANGAN AMBIL RINGAN DENGAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID....
1) hadis tentang nabi ingin bakar rumah yang didalamnya terdapat lelaki yang tidak solat berjemaah di masjid(riwayat muslim,abu daud,ibn majah,tirmizi)
2) begitu juga hadis yang mafhumnya tidak diterima solat lelaki(yang tiada uzur syar'ie) yang mendengar azan tetapi tidak ke masjid(riwayat abu daud dan ibn hibban)
3) nabi juga memanggil mereka yang dengar azan tetapi tidak solat berjemaah tanpa sebab sebagai zalim,kufur dan nifak(riwayat ahmad dan tabarani..
4) juga hadis tentang sahabat nabi yang buta yang meminta izin daripada nabi untuk tidak ke masjid menunaikan solat jemaah kerana tidak ada yang memimpinnya ke masjid,lalu nabi izinkan,tetapi setelah nabi dapat tahu bahawa beliau tinggal tidak jauh dari masjid dan mendengar azan,maka nabi menarik semula keizinan tersebut.(riwayat imam muslim)
5)para ulama juga menyatakan bahawa kaum munafik di zaman rasulullah juga tidak pernah miss solat di masjid kecuali pada waktu isya dan subuh sahaja kerana pada waktu itu gelap dan mereka malas serta beranggapan tidak ada yang sedar mereka tidak hadir ke masjid kerana gelap sehingga nabi khabarkan jika manusia nampak betapa besarnya pahala solat jemaah subuh dan isya,tentu orang munafik juga akan datang ke masjid walaupun merangkak.
6)nabi tidak pernah tinggalkan solat jemaah(kecuali ketika nazak nak wafat) walaupun dalam keadaan sakit yang amat sehingga terpaksa dipimpin para sahabat ke masjid.... 

Malam Pertama Saad Bin Muaz

  Sa'ad b. Muaz memiliki kulit yang tersangat hitam, ada riwayat mengatakan lebih hitam dari Bilal...
Beliau mengenali Islam ketika berusia 31 tahun...dan hanya sempat menjalani kehidupan sebagai umat Nabi  Muhammad S.A.W selama 6 tahun, sebelum Syahid di medan perang.        
Diceritakan, Sa'ad b. Muaz ingin berkahwin, namun selalu ditolak pinangannya kerana kekurangan dari segi sifat  fizikalnya yang terlalu hitam.  Rasa kecewa dengan perkara itu lalu beliau mendatangi  Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, ..          adakah aku ini hina kerna kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali..?” .lalu Rasulullah bekata “.. jangan bimbang Sa'ad, engkau adalah orang yang aku jamin”...          Suatu hari, Rasulullah SAW menyuruh Sa'ad b. Muaz   meminang seorang perempuan yang merupakan perempuan  yang cantik di Madinah,.namun Sa'ad enggan, kerana rasa kecewa dengan penolakan pinangan-pinangan sebelum ini.... Hanya setelah Rasulullah memberi jaminan, barulah Sa'ad berani pergi meminang.         

Sampai di rumah keluarga perempuan itu, beliau duduk   berbual bersama tuan rumah, beliau menyatakan hasratnya datang untuk masuk meminang,..dan perkara itu          menyebabkan bapa perempuan itu terdiam seketika... Disebabkan terkejut, bapa perempuan itu telah menghalau    Sa'ad dari rumahnya. Sa'ad beredar dari rumah itu kembali   untuk bertemu Rasulullah dengan perasaan yang sedih..

.Perempuan yang dipinang itu keluar dan bertanya kepada bapanya mengapa menolak pinangan tersebut ?,... kerana lelaki itu adalah pilihan Rasulullah....Maka, segera si bapa berlari berjumpa Rasulullah bagi          mengelakkan Sa'ad sempat berjumpa Baginda... Kemudian datang bapa gadis tersebut menemui Rasulullah   dan memohon maaf kerana menolak pinangan Sa'ad  sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas    pinangan tersebut. Ditanya Rasulullah kepada Sa'ad, adakah beliau          mempunyai duit untuk berkahwin ?...Maka jawab Sa'ad ..tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau   menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan Saidina Ali          berjumlah 10 dinar. Maka, apabila beliau berjumpa dengan  sahabat Rasulullah yang tersebut dan mengetahui perintah  tersebut, Saidina Abdul Rahman b. Auf telah memberikan  40 dinar, manakala Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali memberikan 20 dinar setiap seorang. Sa'ad kini telah          mempunyai 80 dinar untuk perkahwinannya.Rasulullah menyuruh Sa'ad menggunakan 40 dinar untuk   perkahwinannya dan 40 dinar lagi untuk persiapan selepas  perkahwinan iatu peralatan memasak dan sebagainya..  Sa'ad b. Muaz pun pergi ke pasar bagi tujuan membeli          peralatan-peralatan tersebut...          Sedang beliau memilih dan membelek barang-barang, terdengar panggilan seruan untuk berjihad ke medan          peperangan kerana musuh telah tiba. Sa'ad terdengar   seruan jihad dari Rasulullah “ wahai pemuda2 Islam !!.. bersiap sedia segera... kerna musuh sedang datang untuk  menyerang kita..!!! ”...Maka secara tiba-tiba, terlupa Sa'ad  akan tujuan asal datang ke pasar,... terlupa perempuan  cantik bakal isterinya dan perkahwinannya Beliau   sebaliknya telah menggunakan wang tersebut untukmembeli kuda, pedang dan baju perisai bagi menyahut  seruan jihad itu.  Ketika sampai di Medan perang... mereka yang bersedia untuk berjihad telah berkumpul dan membentuk baris.. Sa'ad pergi ke barisan hadapan sekali, ...   Beliau menutup seluruh muka dan tubuhnya, sehingga dia  tidak dikenali oleh semua ahli pasukan yang ikut berperang...   Para sahabat berbisik-bisik kagum dengan kegagahan beliau dan menganggap mungkin orang Yeman yang turut  serta berjuang bersama-sama mereka. Dalam peperangan itu, kuda yang dinaiki Sa'ad telah  dipanah hingga jatuh... dan beliau bangun dan menyinsing lengannya... Ketika itulah sahabat mengecamnya dari  warna kulit beliau yang Hitam legam itu.... Beliau akhirnya telah syahid tanpa sempat berkahwin dan menyentuh bakal isterinya.Dan diceritakan oleh Rasulullah SAW,... 70,000 Malaikat di langit dan bumi menyaksikan Sa'ad gugur syahid,.  sehingga 'Arasy' di langit ketujuh bergegar kerana tangisan para malaikat. Sa'ad b. Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya...  seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.. 

Kisah PEMADAM dan PENSIL


*Pensel : Saya minta maaf.
        
*Pemadam : Utk apa? Awak tak buat salah pun.   
     
*Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil. 

*Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak brsedih.    
   
# Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan..mereka adlh ibarat pemadam terbaik utk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...         
# Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan

Monday, 6 May 2013

WANITA DAN LELAKI





♥ Wanita kelemahannya pada AURAT..

♥ Lelaki kelemahannya pada SYAHWAT..

♥Maka bagi wanita tidak boleh berkata :

♥Lelaki yang Salah karena mereka tidak mampu menjaga SYAHWAT"..

♥ Sedangkan Wanita sendiri yg Lalai dlm menjaga AURAT..

♥ Wanita yg HEBAT adalah Wanita yg tabah menjaga AURAT..

♥ Lelaki yang HEBAT adalah Lelaki yang sabar menahan kehendak SYAHWAT..

♥Wanita dan Lelaki yang HEBAT adalah sama2 teguh memuliakan SYARI'AT..